Sunday, January 30, 2011

sape rase dia lelaki sila baca

0 comments
Puteraku,..
Getaran dan godaan perasaan yang disebabkan oleh membaranya nafsu syahwat bukan engkau saja yang merasakannya. Perkara itu adalah penyakit umum para remaja. Tenangkan hatimu, keluhan itu bukan hanya engkau saja yang merasakannya.

Puteraku..
Usiamu yang baru menjangkau tujuh belas tahun, tetapi seringkali engkau tidak dapat tidur kerana godaan seksual. Sebenarnya godaan seperti itu turut dirasakan oleh orang-orang lain, muda mahupun tua. Ketahuilah puteraku, penyakit yang paling berbahaya adalah yang tersembunyi.
Gejala yang timbul terhadap seorang seusiamu iaitu: Nafsu yang mulanya tenang, timbul dan bergelora. Perasaan menjadi tegang, dunia terasa berubah, manusia kelihatan berbeza, tidak lagi kelihatan wanita dalam keadaan sebenarnya, iaitu manusia yang tercipta daripada daging dan darah, yang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Baginya, wanita adalah segalanya, tumpuan harapan dan cita-citanya. Wanita dipuja-puja, dijadikan makhluk idaman, tanpa sedikitpun ada kekurangan atau kelemahan. Indah….. menarik….. menawan….. sempurna….. seperti indahnya patung buatan pengukir terkenal.Patung bagi seorang penyembah berhala adalah Tuhan, sedangkan wanita bagi pemuda yang dalam mabuk cinta adalah berhala khayalan.
Memang, kejadian seperti itu wajar dan dapat diterima akal. Tetapi yang menjadi tidak wajar dan tidak masuk akal ialah jika seorang remaja yang berusia lima belas tahun sudah dilanda gelojak seperti itu padahal anak seusia itu masih perlu belajar dan bersekolah sehingga………ya, kira-kira dua puluh lima tahun. Lalu, apakah yang patut dilakukannya selama lebih kurang sepuluh tahun itu? Di mana pada masa-masa itu gelojak seksual datang bertubi-tubi, membara dan membakarnya? Adakah ini satu cabaran!
Sekiranya kita kembali dan berpegang pada sunnatullah dan tabiat nafsu, ubatnya ialah…… berkahwin!!!
Peraturan dan budaya masyarakat atau bimbingan ilmu pengetahuan memberi 3 pilihan kepada kita sebagai jalan keluarnya. Ketiga-tiganya buruk, kecuali yang keempat, iaitu jalan yang diberikan Allah, iaitu…. berkahwin !!!

Ketiga-tiga alternatif tersebut adalah:
Pertama : Menuruti fitrah dan bayangan impian nafsu syahwat. Selalu mengisi fikiran dengan gambar-gambar lucah, sama ada menerusi filem, cerita kotor, gambar dan potret perempuan telanjang. Apa yang dikhayalkan, dilihat, dibaca dan didengar ialah wanita yang tidak senonoh. Kesemua itu dapat dilihat setiap waktu. Bangun tidur kelihatan di dinding kamar, membaca buku pelajaran, terpamer di meja, pendek kata disetiap kegiatan, sama ada di alam sedar ataupun mimpi.
Cara untuk melupakan dengan jalan seperti ini bukan sahaja tidak berjaya, tetapi justeru akan membayangi dan mengganggu fikiran, sehingga akan merosakkan saraf dan mengakibatkan gila atau putus asa.

Kedua : Melakukan masturbasi (istimnaa). Kebiasaan buruk ini merupakan yang paling ringan dari alternatif yang ketiga. Cara masturbasi ini apabila dilakukan berlebih-lebihan akan mengganggu keseimbangan jiwa, timbul perasaan sedih, tubuh lemah, mudah sakit, kelihatan tua sebelum waktunya, murung, muka pucat, menyendiri,
menjauhkan diri dari pergaulan masyarakat, malu bertemu orang, takut risiko hidup, menghindari setiap tanggungjawab. Sesungguhnya dia mati sebelum mati.

Ketiga : Menimba dari sumur dosa dan merasakan kelazatan dari yang haram, meniti jalan sesat, menjadi pelanggan rumah-rumah pelacuran, merosakkan kesihatan, meruntuhkan kepemudaannya dan agamanya, merobek-robek baju agamanya sekadar untuk ditukar dengan kenikmatan yang sebentar sahaja dirasakan.
Apabila anda terus hidup dalam dunia penzinaan, sehingga menyebabkan anda diberhentikan sekolah atau anda kehilangan pekerjaan dan jawatan, kehilangan ilmu pengetahuan yang anda cita-citakan, maka ini bererti anda tidak lagi mempunyai daya kemampuan, kekuatan dan kegairahan untuk bekerja secara bebas.

Puteraku..
Jangan engkau kira bahawa sekali berzina kemudian engkau akan berhenti, puas dan kenyang. Tidak! Sekali engkau berhubungan dengan wanita, engkau akan lebih bernafsu terhadap wanita-wanita yang lain. Sama seperti halnya meminum air masin, bertambah banyak diminum bertambah haus dirasakan. Setelah ramai pelacur yang engkau gauli, sepuluh, seratus, seribu pelacur engkau tiduri, lalu engkau menemui satu yang menolak, pasti engkau akan berusaha dengan apa-apa carapun untuk mendapatkannya.
Andaikata engkau mampu membayar harga wanita, walau berapapun harganya, kerana harta dan kekuasaanmu, apakah tubuhmu mampu melakukannya? Apakah kesihatan dan kekuatan tubuhmu yang mempunyai batasan itu akan mampu menuruti nafsu syahwat yang buas dan besar?
Suatu keajaiban dan hikmah kebijaksanaan Allah ialah memberi ganjaran bagi mereka yang beramal
soleh dan berakhlak mulia iaitu diberikan kesihatan dan kesegaran tubuh. Sebaliknya, Allah memberi hukuman bagi mereka yang melakukan perbuatan rendah dan kotor berupa kelemahan tubuh dan penyakit.Kita dapat melihat, betapa ramai orang-orang yang usianya baru sekitar tiga puluhan, tetapi oleh kerana mereka banyak melakukan perbuatan-perbuatan yang membawa kerugian pada dirinya, kelihatan fizikal dan wajahnya seolah-olah berusia enam puluh tahun.
Ada pepatah dari barat: "Barangsiapa memelihara usia mudanya, maka ia akan terpelihara pada usia tuanya"
Apabila manusia dibiarkan hidup sesuai dengan fitrahnya tanpa digoda dan dirangsang oleh filem lucah, gambar wanita telanjang dan pelacuran. Pasti nafsu syahwatnya akan dapat dibatasi, misalnya sekali dua sahaja sebulan.
Menurut penyelidikan, bahawa haiwan (sama seperti manusia) semakin tinggi tahap kemajuannya, semakin berkurang nafsu bersetubuhnya dan semakin lama pula masa kehamilannya.
Binatang seperti ayam, bersetubuh setiap hari, kerana masa bertelumya juga setiap hari. Tetapi kucing (dari jenis haiwan menyusu) bersetubuh beberapa kali saja dalam setahun, kerana bilangan kehamilannya hanya sekali atau dua kaIi dalam setahun. Biasanya, musim kucing hamil pada bulan Februari.
Manusia lebih tinggi dan maju daripada kucing, tetapi kenapa manusia bersetubuh terus menerus tanpa musim? Setahun penuh tanpa mengenal batasan waktu. Persoalannya kenapa? Sebabnya ialah manusia menghadapi godaan dan rayuan yang selalu mengganggu. Malapetaka bagi manusia ini memang sengaja dibuat oleh mereka iaitu pengikut-pengikut iblis dengan pelbagai cara. Para wanita diperhiaskan, disuruhnya untuk memakai pakaian yang terdedah dan separuh bogel. Bercampur dan bergaul bebas di atas nama kemajuan, kemodenan dan akhirnya melakukan seks bebas.
Mereka menangani dan menguruskan kaum wanita serupa seperti pedagang kambing. Kambing-kambing
dipelihara dan diberi makanan terpilih supaya gemuk, dengan tujuan disembelih.
Para penganjur pergaulan bebas menyebarkan idea-idea lucah dengan penampilan yang sama sekali tidak sopan dan biadap. Mereka berjaya memasuki sekolah dengan model berpakaian separuh telanjang iaitu ketika siswa-siswi bersukan atau bersenam. Berpakaian dengan berseluar pendek dan berbaju ketat.
Selain itu memberi contoh menerusi para pelancong yang begitu berani melepaskan pakaian di pantai-pantai.
Mereka telah berusaha sejak sekian lama, berjalan dengan perlahan, lancar, penuh kesabaran dan sistematik. Akhimya pesanan-pesanan iblis disambut dan dilaksanakan.
Liberalisasi seks menerusi video sudah sampai ke tahap mengkhuatirkan dan terlepas daripada kawalan. Justeru benar-benar merupakan ancaman serius kepada kehidupan pelajar dan remaja. Allah S.W.T memberi pengajaran dengan mengirim peringatan-peringatan, agar kita dapat mengambil hikmahnya. Disebar-Nya penyakit berbahaya seperti yang kita lihat sekarang ini. Sehinggalah para penyelidik menjadi bingung untuk mengatasi permasalahan AIDS. Penyakit ini dihidapi oleh mereka yang terlibat dengan pelacuran atau homoseksual.

Puteraku..
aku berani menyatakan dengan pasti kepadamu, bahawa masalah seks pada hakikatnya adalah masalah yang lebih ringan dan lebih mudah dari apa yang engkau gambarkan.
Masalah seks yang engkau bicarakan dan besar-besarkan, sebenarnya lebih kecil dari yang engkau bayangkan. Malah apa yang engkau bicarakan dan engkau bahaskan itu adalah lebih besar dari kenyataannya. Engkau sifatkan ia lebih luas dalam nafsu manusia daripada perbuatannya. Memang perkara itu merupakan seni, sama seperti pantun, cerita, fotografi dan nyanyian.
Sesuatu yang mempercantikkan kaum wanita, memperindahkan cinta, meninggikan khayalan dan impian, mendorong para pemuda ke arah gambaran yang berlipat ganda dari perasaan yang sebenamya. Memang, dorongan syahwat boleh membutakan penglihatan dan menulikan pendengaran.
Apabila kita renungkan masalah syahwat ini dengan fikiran yang tenang, dengan akal yang sihat dan bukan dengan dorongan emosi dan nafsu syahwat itu sendiri, tentu pandangan kita tidak akan jauh terkeliru.
Rayuan tidak akan mampu dan berjaya tanpa ajakan dan dorongan kawan yang jahat. Dia akan menuntun, menunjukkan jalan, memandu kenderaan, kemudian membukakan pintunya sehingga engkau berada di tempat terkutuk.

Wahai puteraku…………
Semua itu adalah penyakit. Tetapi apakah ubatnya? Ubat mujarab yang dapat menyembuhkannya ialah kembali kepada sunnah Allah dan ketetapan-ketetapan ajaran-Nya.
Allah tidak akan melarang atau mengharamkan sesuatu, kecuali digantinya dengan yang lebih baik.
Allah mengharamkan riba, tetapi digantinya dengan perniagaan. Allah mengharamkan zina, digantinya dengan pernikahan dan perkahwinan.
Jadi, ubat penyembuh dari penyakit itu ialah berkahwin!
Inilah cara yang halal dan satu-satunya jalan menuju kebaikan.
Saya menyarankan, agar organisasi sosial kemasyarakatan Islam atau apa-apa lembaga pun yang menguruskan umat Islam agar membentuk usaha baru yang berkaitan dengan masalah perkahwinan. Wadah itu bertanggungjawab menganjur, mengajak dan memberi kemudahan kepada para pemuda untuk berkahwin.

Puteraku............
apabila engkau tidak mampu untuk
bernikah (kerana alasan-alasan tertentu) dan engkau sukar mengelakkan diri dari perbuatan kotor, maka tingkatkan jiwa, akal, hati dan jasmani supaya lebih dekat lagi kepada Allah. Lebih tekun beribadah, menyibukkan diri dengan pekerjaan atau keterampilan, bersukan, muzik atau perkara-perkara yang lain.


Puteraku..
Kesimpulan dari nasihatku ialah engkau patut segera berkahwin. Hanya itulah ubat yang paling ampuh. Apabila engkau belum mampu, engkau mesti menjaga diri dan takut pada larangan Allah. Engkau hendaklah tekun beribadah, menuntut ilmu, menyibukkan diri dengan berbagai kegiatan sama ada kesenian, kesukanan, organisasi atau lain-lain lagi.
Itulah jalan keluar dan ubat yang mengandungi bagi dirimu yang bergelar lelaki..










Blogger Templates

Sape rase dia perempuan sila baca

0 comments
 Ditulis oleh Sheikh Ali Thantawi


Wahai puteriku..
Aku seorang bapa yang sedang berjalan memasuki usia lima puluh tahun.Usia muda telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku..
Banyak aku menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral. Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku menjadi kelu. Namun, tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya. Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu pun negara Islam yang mampu mengelak.

Wahai puteriku..
Pintu pemulihan ada dihadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau menyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.
Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri: "Silakan masuk"....... dan setelah engkau kecurian barulah tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak "Tolong tolong .......aku kecurian".
Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu. Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu....... iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku..
Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya tanpa pakaian. Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …….. bohong ....... Bohong……
demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu wahai puteriku?
Renungkanlah!
Kamu berdua, bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau. Dan engkau….akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya. Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya. Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru, engkau perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal di perutmu.Engkau sedih dan muram.Engkau bingung dan gelisah.
Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan….. diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan: "Dia yang dahulu sesat, tetapi sekarang sudah bertaubat".
Tapi engkau?
Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni dosamu. Seandainya ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas….. Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya Seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata-kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau tanggalkan kasut dari kakimu dan pukullah kepalanya Kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar tempat itu akan serentak menolongmu.
Sesudah itu….Dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan

Wahai puteriku..
Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu. Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: "Mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri yang solehah, terhormat dan ibu rumahtangga yang baik". Cita-cita seperti itu pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira sama ada dia seorang ratu, keluarga raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa. Perkahwinan adalah cita-cita yang paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota parlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan.

Wahai puteriku..
Aku, adalah ayah kepada beberapa orang puteri. Aku menulis pesanan ini adalah untuk membela kepentinganmu, ini bererti aku juga membela kepentingan puteriku sendiri. Aku menghendaki yang baik kepada kamu, sebagaimana aku menghendaki yang baik pula kepada anak-anakku. Mereka, para pemuda pengikut iblis, tidak akan berfikir sedikitpun akan nasibmu yang hilang kehormatan dan harga diri. Mereka tidak akan menyesali akan perbuatannya yang telah membawa engkau kepada kehinaan dan nama baikmu yang telah ternoda. Apabila itu terjadi pada dirimu, apakah terbukti segala ungkapan manis itu? Pasti tidak seorangpun akan datang membantumu. Mereka akan datang, jika engkau masih boleh dinikmati. Tapi sekiranya engkau sakit atau kecantikanmu menjadi pudar, mereka akan pergi seperti perginya kerumunan anjing yang kehabisan daging bangkai.


Wahai Puteriku,
Itulah nasihatku yang hak dan benar,
mudah-mudahan engkau mahu mendengar. Jangan engkau dengar ungkapan yang lain,
yang mengajak kepada kelalaian.
Hanya di tanganmu wahai puteriku, bukan di tangan kami kaum lelaki. Hanya di tanganmu sahaja kunci pintu kebaikan. Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu, maka pasti seluruh umat akan menjadi baik.



Blogger Templates

Yang Bernama Wanita

0 comments
Kau Bunga Di Taman Larangan
Mekarmu Dipagari
Dari Sucinya Hati
Seorang Wanita
Yang Terpelihara

Biar Badai Menduga
Kembangmu Tetap Indah
Dari Nur Keimanan
Menjulang Di Jiwamu
Asuhan Ayah Bonda

Kau Serikandi Ummah
Akhlakmu Bunga Diri
Menjaga Nama Dan Budi
Dikaulah Yang Bernama
Wanita Sejati
Kau Intan Permata

Biar Badai Melanda
Kembangmu Tetap Indah
Dari Nur Keimanan
Menjulang Dijiwamu
Asuhan Ayah Bonda




Blogger Templates

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
 

Hidup Matiku Hanya UntukMu Copyright © 2011 by serikandimurobbi Blogger Template