Saturday, February 26, 2011

Petua 10 M untuk berhenti merokok

0 comments
1-Melengahkan-lengah

2-Minum banyak air

3-Menarik nafas panjang

4-Membuat sesuatu

5-Menjauhkan diri dari tempat orang merokok

6-Mengunyah sesuatu

7-Membasuh tangan

8-Mandi dengan kerap

9-Melakukan senaman regangan

10-Memohon doa

















Blogger Templates



Tertawa di dunia menangis di akhirat

0 comments
Nabi S.A.W bersabda ‘Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.

Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?. Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had.

Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh. “Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegakkan oleh Nabi S.A.W. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ke neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi S.A.W pernah bersabda : Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak ketawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat”. Saidina Ali sentiasa mengeluh’…jauhnya perjalanan…sedikitnya bekalan…’

Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. Dalam hadith lain, Nabi S.A.W bersabda “Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.” Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam api neraka. Kita tidak pula dilarang manunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi S.A.W. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.


Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”





Blogger Templates



Sunday, February 20, 2011

Kategori tudung yang manakah anda?

0 comments
1. Tudung ‘Mickey Mouse’ -
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.



2. Tudung Lilit -
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
 


3. Tudung ‘See Through’ -
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.
lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung


4. Tudung Jambul -
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.
 


5. Tudung ‘Singlet’ -
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelongaran hukum tentang
penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.


6. Tudung Saji -
Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.




7.Tudung unta
ade bonggol tinggi kt belakang.seboleh2nye nk lawan menare KL



Apapun tudung yang korang pakai pastikan mengikut panduan syariat yang telah digariskan dan bertudung kerana patuh perintah Allah dan takut pada Allah..

Wallahua3lam..







Blogger Templates



Saturday, February 19, 2011

realiti masyarakat masa kini??Haish!!

0 comments
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni saya ingin menulis sebuah entry yang boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat..
Realiti masyarakat masa kini? Ini pada pandangan dan perhatian saya..Saya pun x taw sama ada antum semua setuju atau tidak..


Realiti yang pertama is Couple
Couple tu benda yang wajib bagi remaja2 zaman sekarang..Rata-rata kalau ditanya mesti dah ada yang berpunya.. Ada pula yang duk tukar2 pasangan bila dah bosan dengan kekasih tu..macam tukar2 baju pula..Lebih mengejutkan lagi bila budak form 1 n 3 dah terlibat dengan zina.. Ada pulak yang berbangga-bangga pernah berzina dengan budak ni dengan budak tu.. Ya Allah..kecut perut dengar pasal ni..ibu bapa di luar sana sila lah awasi anak-anak dara anda sebelum nasi menjadi bubur dan awasi anak-anak teruna anda daripada merosakkan anak dara orang!
Patut lah couple itu haram kerana takut gejala zina berleluasa dan pembunuhan bayi semakin menjadi-jadi.. kesian pada bayi yang baru ingin melihat dunia tp dibunuh oleh ibu bapa mereka sendiri..Haish!!No couple until nikah!!


Realiti yang kedua is Dating
Begitu juga dengan berdating..Benda tu dah jadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.. Islam mengharamkan keluar berdua-duaan..ada juga manusia yang cuba mencari alternatif lain..X keluar berdua tapi membawa teman..boleh kah begitu?antum pkirlah sendiri..Tapi yang pasti setiap apa yang Allah larang tu ada hikmahnya..sape yang kita dating tu?awek?teman tapi mesra?Orang tu belum tentu lagi jadi isteri kita.Ditakdirkan xde jodoh xke membazir duit belanja awek korang tu..baiklah duit tu belanja mak ayah kat kampung kan lebih berkat!!Haish!!Xpayah lah nak berdating-dating sbm kawen n utk org yg blm tentu jadi isteri korang..lepas kawen lg seronok dan bahagia dating dgn isteri yang dah sah jadi teman sehidup semati kita..Barulah berbaloi-baloi..No Dating until Nikah ok!!


Realiti yang ketiga is Mukabuku
Rata-rata masyarakat kita sume da ada facebook..budak2 darjah 1 pun dah ada akaun fb sendiri!jgn xcaya..Kalo tengok dalam facebook muda-mudi sekarang ni..MashaAllah..Tanpa segan silu meletakkan picture rapat-rapatan,peluk-pelukan dengan gelifriend n buayafriend masing-masing..yang len plak tolong mdoakan kebahagiaan lah kononnya..tanpa kita sedar kita pun dapat dosa kerana bersengkokol dan bersetuju dengan tindakan depa ni..Kalo ikut kan bertunang pun xbleh tangkap gamba rapat berdua-duan..ingat lagi lecture sy mse kt jordan pernah bagitau.. dia cakap HARAM gambar berdua-duan dengan orang bukan muhrim dgn kita..tunang pun xbleh..kecuali dia dah sah jadi suami kita..
Lagi 1 hal letak picture yang x menutup aurat kt dlm fb..dengan bermacam2 gaya posing..nak tayang 1 dunia yang kita ni cantik lah..pada hal cantik mana pn kita akhirnya jadi santapan cacing n ulat..Kecantikkan seseorang wanita itu terletak pada sifat malunya yang tinggi dan juga agama yang ada dalam diri dia..


Realiti yang keempat is Kahwin
Dalam dunia ni sape lah yang xnak kawen..sume nk kawen betul x? Tapi niat kita berkahwin untuk apa? Kalo salah niat itu yang banyak yang terjadi kes cerai-berai..Nauzubillah.. Orang zaman sekarang dah x pandang agama n iman dalam diri seseorang..apa yang mereka pandang ialah berapa banyak harta yang kau ada??x hairanlah kalo seorang lelaki tu duda ke orang tua ke..asal banyak duit boleh je dapat anak dara..Itu kehendak individu..kalo dorg rasa harta boleh menjamin hingga ke syurga..go on lah..


Realiti yang kelima is Bertudung
Realiti sekarang bertudung bukan kerana perintah Allah or takut kepada Allah..tapi sekadar suka-suka..Bila nak pergi jalan baru nk bertudung.Bila pergi masjid baru nak pakai tudung..bila nak akad nikah baru bertudung..lepas akad nikah tudung ntah ke mana..Haish!!Tudung pula di jadikan fesyen..makin lama tudung makin singkat dan makin jarang..Xkisah la korang nak pakai tudung ke selendang ke..asalkan tutup dengan sempurna..kena lah melebihi dada..makin labuh makin elok..
sejuk mata memandang :)

Kesimpulannya,wahai remaja-remaja di luar sana saya menyeru kepada anda..buatlah apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang..apa pun yang korang buat ingatlah korang bakal ada anak 1 masa nanti..apa yang korang buat x mustahil anak korang pn akan buat malah lebih teruk dari yang anda buat..INGATLAH!!WHAT U GIVE U GET BACK!!
adakah anak gembira sekiranya anak anda begini seperti anda dahulu??







What u give u get back..



Blogger Templates

Friday, February 18, 2011

Petua Imam Syafie 4 perkara untuk sihat

1 comments
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama



Wallahua3lam..

Blogger Templates

Bertudung -vs- Berfesyen

1 comments


Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang
Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.





Blogger Templates

Monday, February 14, 2011

Ya Rasulullah

0 comments



Ya Rasulullah..
Sekiranya engkau masih ada pada zaman ku ini..
Nescaya engkau pasti kecewa melihat umatmu
Yang semakin jauh dari ajaranmu
Yang semakin hanyut dengan kehidupan duniawi..
Aku sangat berterima kasih padamu Ya Rasulullah
Kerana engkau aku dapat merasa nikmat iman dan islam..
Engkau telah bersusah payah menegakkan dan memperjuangkan agama islam..
Engkau sanggup di hina..di pukul..di ejek semata-mata demi agama Allah yang suci ini..
Terima kasih Ya Rasulullah..
Perjuangan mu belum berakhir..
Miskipun dikau telah wafat..
Kini aku akan meneruskan perjuangan ini..
Sehingga islam yang dahulu kembali gemilang..
Aku sangat merindui dan menyayangimu Ya Rasulullah..
Allahumma solli ala muhammad wa ala alihi wasohbihi wasallam..






Blogger Templates

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

0 comments








SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

 Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya











Blogger Templates

Awk rapat-rapat dgn sy..syg awk!

0 comments
Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~









Blogger Templates

Sunday, February 13, 2011

kesian

0 comments
Bila ku lihat wanita itu..
Kesian..
Bila ku lihat gadis itu..
Kesian..
Bila ku lihat perempuan itu..
Kesian..
Bila ku bayangkan wanita itu..
Kesian..
Bila ku bayangkan gadis itu..
Kesian..
Bila ku bayangkan perempuan itu..
Kesian..

Ya..
Memang wanita itu cantik..
Ya..
Gadis itu memang menawan..
Ya..
Perempuan itu memang cun melecun

Tapi..
Kesian melihat wanita,gadis dan perempuan itu..
Kesian kerana kejahilan mereka..
Jahil ke atau sengaja buat jahil..
Kasihan melihat mereka..
Terpikir aku
Bagaimana mereka di akhirat nanti..
Betapa peritnya seksaan bagi mereka nanti..
Oh tuhan..
Tunjukkan lah kami jalan yang lurus..
Berilah hidayah kepada mereka
Bukakanlah hati mereka dan janganlah Engkau keraskan hati meraka
seperti hati Firaun.Qarun,Abu Lahab dan lain2..
Lembutkanlah hati mereka supaya mereka dapat merasa nikmat iman dan islam..
Ameen Ya Robb..

Alangkah indahnya sekiranya wanita itu melabuhkan tudungnya..
Alangkah menawannya gadis itu dengan menjaga akhlaknya..Cantiknya perempuan itu sekiranya berpakaian mengikut cara islam..
Sungguh..
Aku menyanyangi wanita itu..gadis itu dan perempuan itu..
Kerana mereka saudara seislam ku..
Tidak kira hitam putih,kaya miskin
Keturunan jawa?bugis?banjar?atau apa saja..
Hakikatnya tetap Adam dan Hawa..


-------------------------------------------------

Tambahan





Maksudnya:

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur Ayat 31)


Peristiwa Isra'

1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah
2. mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan  orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6. Ssekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak  sanggup melaksanakannya.
10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.


Peristiwa Mi'raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan   kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.





--<@ Sama-sama ambil ikhtibar..fikir-fikir dan renungkanlah..Buat apa yang disuruh,Tinggal apa yang dilarang.. Rebutlah peluang yang diberi selagi ada matahari dan bulan..
Saya sayang kaum Hawa!!




Blogger Templates

Sunday, January 30, 2011

sape rase dia lelaki sila baca

0 comments
Puteraku,..
Getaran dan godaan perasaan yang disebabkan oleh membaranya nafsu syahwat bukan engkau saja yang merasakannya. Perkara itu adalah penyakit umum para remaja. Tenangkan hatimu, keluhan itu bukan hanya engkau saja yang merasakannya.

Puteraku..
Usiamu yang baru menjangkau tujuh belas tahun, tetapi seringkali engkau tidak dapat tidur kerana godaan seksual. Sebenarnya godaan seperti itu turut dirasakan oleh orang-orang lain, muda mahupun tua. Ketahuilah puteraku, penyakit yang paling berbahaya adalah yang tersembunyi.
Gejala yang timbul terhadap seorang seusiamu iaitu: Nafsu yang mulanya tenang, timbul dan bergelora. Perasaan menjadi tegang, dunia terasa berubah, manusia kelihatan berbeza, tidak lagi kelihatan wanita dalam keadaan sebenarnya, iaitu manusia yang tercipta daripada daging dan darah, yang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Baginya, wanita adalah segalanya, tumpuan harapan dan cita-citanya. Wanita dipuja-puja, dijadikan makhluk idaman, tanpa sedikitpun ada kekurangan atau kelemahan. Indah….. menarik….. menawan….. sempurna….. seperti indahnya patung buatan pengukir terkenal.Patung bagi seorang penyembah berhala adalah Tuhan, sedangkan wanita bagi pemuda yang dalam mabuk cinta adalah berhala khayalan.
Memang, kejadian seperti itu wajar dan dapat diterima akal. Tetapi yang menjadi tidak wajar dan tidak masuk akal ialah jika seorang remaja yang berusia lima belas tahun sudah dilanda gelojak seperti itu padahal anak seusia itu masih perlu belajar dan bersekolah sehingga………ya, kira-kira dua puluh lima tahun. Lalu, apakah yang patut dilakukannya selama lebih kurang sepuluh tahun itu? Di mana pada masa-masa itu gelojak seksual datang bertubi-tubi, membara dan membakarnya? Adakah ini satu cabaran!
Sekiranya kita kembali dan berpegang pada sunnatullah dan tabiat nafsu, ubatnya ialah…… berkahwin!!!
Peraturan dan budaya masyarakat atau bimbingan ilmu pengetahuan memberi 3 pilihan kepada kita sebagai jalan keluarnya. Ketiga-tiganya buruk, kecuali yang keempat, iaitu jalan yang diberikan Allah, iaitu…. berkahwin !!!

Ketiga-tiga alternatif tersebut adalah:
Pertama : Menuruti fitrah dan bayangan impian nafsu syahwat. Selalu mengisi fikiran dengan gambar-gambar lucah, sama ada menerusi filem, cerita kotor, gambar dan potret perempuan telanjang. Apa yang dikhayalkan, dilihat, dibaca dan didengar ialah wanita yang tidak senonoh. Kesemua itu dapat dilihat setiap waktu. Bangun tidur kelihatan di dinding kamar, membaca buku pelajaran, terpamer di meja, pendek kata disetiap kegiatan, sama ada di alam sedar ataupun mimpi.
Cara untuk melupakan dengan jalan seperti ini bukan sahaja tidak berjaya, tetapi justeru akan membayangi dan mengganggu fikiran, sehingga akan merosakkan saraf dan mengakibatkan gila atau putus asa.

Kedua : Melakukan masturbasi (istimnaa). Kebiasaan buruk ini merupakan yang paling ringan dari alternatif yang ketiga. Cara masturbasi ini apabila dilakukan berlebih-lebihan akan mengganggu keseimbangan jiwa, timbul perasaan sedih, tubuh lemah, mudah sakit, kelihatan tua sebelum waktunya, murung, muka pucat, menyendiri,
menjauhkan diri dari pergaulan masyarakat, malu bertemu orang, takut risiko hidup, menghindari setiap tanggungjawab. Sesungguhnya dia mati sebelum mati.

Ketiga : Menimba dari sumur dosa dan merasakan kelazatan dari yang haram, meniti jalan sesat, menjadi pelanggan rumah-rumah pelacuran, merosakkan kesihatan, meruntuhkan kepemudaannya dan agamanya, merobek-robek baju agamanya sekadar untuk ditukar dengan kenikmatan yang sebentar sahaja dirasakan.
Apabila anda terus hidup dalam dunia penzinaan, sehingga menyebabkan anda diberhentikan sekolah atau anda kehilangan pekerjaan dan jawatan, kehilangan ilmu pengetahuan yang anda cita-citakan, maka ini bererti anda tidak lagi mempunyai daya kemampuan, kekuatan dan kegairahan untuk bekerja secara bebas.

Puteraku..
Jangan engkau kira bahawa sekali berzina kemudian engkau akan berhenti, puas dan kenyang. Tidak! Sekali engkau berhubungan dengan wanita, engkau akan lebih bernafsu terhadap wanita-wanita yang lain. Sama seperti halnya meminum air masin, bertambah banyak diminum bertambah haus dirasakan. Setelah ramai pelacur yang engkau gauli, sepuluh, seratus, seribu pelacur engkau tiduri, lalu engkau menemui satu yang menolak, pasti engkau akan berusaha dengan apa-apa carapun untuk mendapatkannya.
Andaikata engkau mampu membayar harga wanita, walau berapapun harganya, kerana harta dan kekuasaanmu, apakah tubuhmu mampu melakukannya? Apakah kesihatan dan kekuatan tubuhmu yang mempunyai batasan itu akan mampu menuruti nafsu syahwat yang buas dan besar?
Suatu keajaiban dan hikmah kebijaksanaan Allah ialah memberi ganjaran bagi mereka yang beramal
soleh dan berakhlak mulia iaitu diberikan kesihatan dan kesegaran tubuh. Sebaliknya, Allah memberi hukuman bagi mereka yang melakukan perbuatan rendah dan kotor berupa kelemahan tubuh dan penyakit.Kita dapat melihat, betapa ramai orang-orang yang usianya baru sekitar tiga puluhan, tetapi oleh kerana mereka banyak melakukan perbuatan-perbuatan yang membawa kerugian pada dirinya, kelihatan fizikal dan wajahnya seolah-olah berusia enam puluh tahun.
Ada pepatah dari barat: "Barangsiapa memelihara usia mudanya, maka ia akan terpelihara pada usia tuanya"
Apabila manusia dibiarkan hidup sesuai dengan fitrahnya tanpa digoda dan dirangsang oleh filem lucah, gambar wanita telanjang dan pelacuran. Pasti nafsu syahwatnya akan dapat dibatasi, misalnya sekali dua sahaja sebulan.
Menurut penyelidikan, bahawa haiwan (sama seperti manusia) semakin tinggi tahap kemajuannya, semakin berkurang nafsu bersetubuhnya dan semakin lama pula masa kehamilannya.
Binatang seperti ayam, bersetubuh setiap hari, kerana masa bertelumya juga setiap hari. Tetapi kucing (dari jenis haiwan menyusu) bersetubuh beberapa kali saja dalam setahun, kerana bilangan kehamilannya hanya sekali atau dua kaIi dalam setahun. Biasanya, musim kucing hamil pada bulan Februari.
Manusia lebih tinggi dan maju daripada kucing, tetapi kenapa manusia bersetubuh terus menerus tanpa musim? Setahun penuh tanpa mengenal batasan waktu. Persoalannya kenapa? Sebabnya ialah manusia menghadapi godaan dan rayuan yang selalu mengganggu. Malapetaka bagi manusia ini memang sengaja dibuat oleh mereka iaitu pengikut-pengikut iblis dengan pelbagai cara. Para wanita diperhiaskan, disuruhnya untuk memakai pakaian yang terdedah dan separuh bogel. Bercampur dan bergaul bebas di atas nama kemajuan, kemodenan dan akhirnya melakukan seks bebas.
Mereka menangani dan menguruskan kaum wanita serupa seperti pedagang kambing. Kambing-kambing
dipelihara dan diberi makanan terpilih supaya gemuk, dengan tujuan disembelih.
Para penganjur pergaulan bebas menyebarkan idea-idea lucah dengan penampilan yang sama sekali tidak sopan dan biadap. Mereka berjaya memasuki sekolah dengan model berpakaian separuh telanjang iaitu ketika siswa-siswi bersukan atau bersenam. Berpakaian dengan berseluar pendek dan berbaju ketat.
Selain itu memberi contoh menerusi para pelancong yang begitu berani melepaskan pakaian di pantai-pantai.
Mereka telah berusaha sejak sekian lama, berjalan dengan perlahan, lancar, penuh kesabaran dan sistematik. Akhimya pesanan-pesanan iblis disambut dan dilaksanakan.
Liberalisasi seks menerusi video sudah sampai ke tahap mengkhuatirkan dan terlepas daripada kawalan. Justeru benar-benar merupakan ancaman serius kepada kehidupan pelajar dan remaja. Allah S.W.T memberi pengajaran dengan mengirim peringatan-peringatan, agar kita dapat mengambil hikmahnya. Disebar-Nya penyakit berbahaya seperti yang kita lihat sekarang ini. Sehinggalah para penyelidik menjadi bingung untuk mengatasi permasalahan AIDS. Penyakit ini dihidapi oleh mereka yang terlibat dengan pelacuran atau homoseksual.

Puteraku..
aku berani menyatakan dengan pasti kepadamu, bahawa masalah seks pada hakikatnya adalah masalah yang lebih ringan dan lebih mudah dari apa yang engkau gambarkan.
Masalah seks yang engkau bicarakan dan besar-besarkan, sebenarnya lebih kecil dari yang engkau bayangkan. Malah apa yang engkau bicarakan dan engkau bahaskan itu adalah lebih besar dari kenyataannya. Engkau sifatkan ia lebih luas dalam nafsu manusia daripada perbuatannya. Memang perkara itu merupakan seni, sama seperti pantun, cerita, fotografi dan nyanyian.
Sesuatu yang mempercantikkan kaum wanita, memperindahkan cinta, meninggikan khayalan dan impian, mendorong para pemuda ke arah gambaran yang berlipat ganda dari perasaan yang sebenamya. Memang, dorongan syahwat boleh membutakan penglihatan dan menulikan pendengaran.
Apabila kita renungkan masalah syahwat ini dengan fikiran yang tenang, dengan akal yang sihat dan bukan dengan dorongan emosi dan nafsu syahwat itu sendiri, tentu pandangan kita tidak akan jauh terkeliru.
Rayuan tidak akan mampu dan berjaya tanpa ajakan dan dorongan kawan yang jahat. Dia akan menuntun, menunjukkan jalan, memandu kenderaan, kemudian membukakan pintunya sehingga engkau berada di tempat terkutuk.

Wahai puteraku…………
Semua itu adalah penyakit. Tetapi apakah ubatnya? Ubat mujarab yang dapat menyembuhkannya ialah kembali kepada sunnah Allah dan ketetapan-ketetapan ajaran-Nya.
Allah tidak akan melarang atau mengharamkan sesuatu, kecuali digantinya dengan yang lebih baik.
Allah mengharamkan riba, tetapi digantinya dengan perniagaan. Allah mengharamkan zina, digantinya dengan pernikahan dan perkahwinan.
Jadi, ubat penyembuh dari penyakit itu ialah berkahwin!
Inilah cara yang halal dan satu-satunya jalan menuju kebaikan.
Saya menyarankan, agar organisasi sosial kemasyarakatan Islam atau apa-apa lembaga pun yang menguruskan umat Islam agar membentuk usaha baru yang berkaitan dengan masalah perkahwinan. Wadah itu bertanggungjawab menganjur, mengajak dan memberi kemudahan kepada para pemuda untuk berkahwin.

Puteraku............
apabila engkau tidak mampu untuk
bernikah (kerana alasan-alasan tertentu) dan engkau sukar mengelakkan diri dari perbuatan kotor, maka tingkatkan jiwa, akal, hati dan jasmani supaya lebih dekat lagi kepada Allah. Lebih tekun beribadah, menyibukkan diri dengan pekerjaan atau keterampilan, bersukan, muzik atau perkara-perkara yang lain.


Puteraku..
Kesimpulan dari nasihatku ialah engkau patut segera berkahwin. Hanya itulah ubat yang paling ampuh. Apabila engkau belum mampu, engkau mesti menjaga diri dan takut pada larangan Allah. Engkau hendaklah tekun beribadah, menuntut ilmu, menyibukkan diri dengan berbagai kegiatan sama ada kesenian, kesukanan, organisasi atau lain-lain lagi.
Itulah jalan keluar dan ubat yang mengandungi bagi dirimu yang bergelar lelaki..










Blogger Templates

Sape rase dia perempuan sila baca

0 comments
 Ditulis oleh Sheikh Ali Thantawi


Wahai puteriku..
Aku seorang bapa yang sedang berjalan memasuki usia lima puluh tahun.Usia muda telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku..
Banyak aku menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral. Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku menjadi kelu. Namun, tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya. Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu pun negara Islam yang mampu mengelak.

Wahai puteriku..
Pintu pemulihan ada dihadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau menyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.
Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri: "Silakan masuk"....... dan setelah engkau kecurian barulah tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak "Tolong tolong .......aku kecurian".
Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu. Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu....... iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku..
Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya tanpa pakaian. Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …….. bohong ....... Bohong……
demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu wahai puteriku?
Renungkanlah!
Kamu berdua, bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau. Dan engkau….akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya. Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya. Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru, engkau perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal di perutmu.Engkau sedih dan muram.Engkau bingung dan gelisah.
Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan….. diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan: "Dia yang dahulu sesat, tetapi sekarang sudah bertaubat".
Tapi engkau?
Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni dosamu. Seandainya ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas….. Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya Seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata-kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau tanggalkan kasut dari kakimu dan pukullah kepalanya Kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar tempat itu akan serentak menolongmu.
Sesudah itu….Dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan

Wahai puteriku..
Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu. Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: "Mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri yang solehah, terhormat dan ibu rumahtangga yang baik". Cita-cita seperti itu pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira sama ada dia seorang ratu, keluarga raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa. Perkahwinan adalah cita-cita yang paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota parlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan.

Wahai puteriku..
Aku, adalah ayah kepada beberapa orang puteri. Aku menulis pesanan ini adalah untuk membela kepentinganmu, ini bererti aku juga membela kepentingan puteriku sendiri. Aku menghendaki yang baik kepada kamu, sebagaimana aku menghendaki yang baik pula kepada anak-anakku. Mereka, para pemuda pengikut iblis, tidak akan berfikir sedikitpun akan nasibmu yang hilang kehormatan dan harga diri. Mereka tidak akan menyesali akan perbuatannya yang telah membawa engkau kepada kehinaan dan nama baikmu yang telah ternoda. Apabila itu terjadi pada dirimu, apakah terbukti segala ungkapan manis itu? Pasti tidak seorangpun akan datang membantumu. Mereka akan datang, jika engkau masih boleh dinikmati. Tapi sekiranya engkau sakit atau kecantikanmu menjadi pudar, mereka akan pergi seperti perginya kerumunan anjing yang kehabisan daging bangkai.


Wahai Puteriku,
Itulah nasihatku yang hak dan benar,
mudah-mudahan engkau mahu mendengar. Jangan engkau dengar ungkapan yang lain,
yang mengajak kepada kelalaian.
Hanya di tanganmu wahai puteriku, bukan di tangan kami kaum lelaki. Hanya di tanganmu sahaja kunci pintu kebaikan. Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu, maka pasti seluruh umat akan menjadi baik.



Blogger Templates

Yang Bernama Wanita

0 comments
Kau Bunga Di Taman Larangan
Mekarmu Dipagari
Dari Sucinya Hati
Seorang Wanita
Yang Terpelihara

Biar Badai Menduga
Kembangmu Tetap Indah
Dari Nur Keimanan
Menjulang Di Jiwamu
Asuhan Ayah Bonda

Kau Serikandi Ummah
Akhlakmu Bunga Diri
Menjaga Nama Dan Budi
Dikaulah Yang Bernama
Wanita Sejati
Kau Intan Permata

Biar Badai Melanda
Kembangmu Tetap Indah
Dari Nur Keimanan
Menjulang Dijiwamu
Asuhan Ayah Bonda




Blogger Templates

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
 

Hidup Matiku Hanya UntukMu Copyright © 2011 by serikandimurobbi Blogger Template