Sunday, January 30, 2011

sape rase dia lelaki sila baca


Puteraku,..
Getaran dan godaan perasaan yang disebabkan oleh membaranya nafsu syahwat bukan engkau saja yang merasakannya. Perkara itu adalah penyakit umum para remaja. Tenangkan hatimu, keluhan itu bukan hanya engkau saja yang merasakannya.

Puteraku..
Usiamu yang baru menjangkau tujuh belas tahun, tetapi seringkali engkau tidak dapat tidur kerana godaan seksual. Sebenarnya godaan seperti itu turut dirasakan oleh orang-orang lain, muda mahupun tua. Ketahuilah puteraku, penyakit yang paling berbahaya adalah yang tersembunyi.
Gejala yang timbul terhadap seorang seusiamu iaitu: Nafsu yang mulanya tenang, timbul dan bergelora. Perasaan menjadi tegang, dunia terasa berubah, manusia kelihatan berbeza, tidak lagi kelihatan wanita dalam keadaan sebenarnya, iaitu manusia yang tercipta daripada daging dan darah, yang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Baginya, wanita adalah segalanya, tumpuan harapan dan cita-citanya. Wanita dipuja-puja, dijadikan makhluk idaman, tanpa sedikitpun ada kekurangan atau kelemahan. Indah….. menarik….. menawan….. sempurna….. seperti indahnya patung buatan pengukir terkenal.Patung bagi seorang penyembah berhala adalah Tuhan, sedangkan wanita bagi pemuda yang dalam mabuk cinta adalah berhala khayalan.
Memang, kejadian seperti itu wajar dan dapat diterima akal. Tetapi yang menjadi tidak wajar dan tidak masuk akal ialah jika seorang remaja yang berusia lima belas tahun sudah dilanda gelojak seperti itu padahal anak seusia itu masih perlu belajar dan bersekolah sehingga………ya, kira-kira dua puluh lima tahun. Lalu, apakah yang patut dilakukannya selama lebih kurang sepuluh tahun itu? Di mana pada masa-masa itu gelojak seksual datang bertubi-tubi, membara dan membakarnya? Adakah ini satu cabaran!
Sekiranya kita kembali dan berpegang pada sunnatullah dan tabiat nafsu, ubatnya ialah…… berkahwin!!!
Peraturan dan budaya masyarakat atau bimbingan ilmu pengetahuan memberi 3 pilihan kepada kita sebagai jalan keluarnya. Ketiga-tiganya buruk, kecuali yang keempat, iaitu jalan yang diberikan Allah, iaitu…. berkahwin !!!

Ketiga-tiga alternatif tersebut adalah:
Pertama : Menuruti fitrah dan bayangan impian nafsu syahwat. Selalu mengisi fikiran dengan gambar-gambar lucah, sama ada menerusi filem, cerita kotor, gambar dan potret perempuan telanjang. Apa yang dikhayalkan, dilihat, dibaca dan didengar ialah wanita yang tidak senonoh. Kesemua itu dapat dilihat setiap waktu. Bangun tidur kelihatan di dinding kamar, membaca buku pelajaran, terpamer di meja, pendek kata disetiap kegiatan, sama ada di alam sedar ataupun mimpi.
Cara untuk melupakan dengan jalan seperti ini bukan sahaja tidak berjaya, tetapi justeru akan membayangi dan mengganggu fikiran, sehingga akan merosakkan saraf dan mengakibatkan gila atau putus asa.

Kedua : Melakukan masturbasi (istimnaa). Kebiasaan buruk ini merupakan yang paling ringan dari alternatif yang ketiga. Cara masturbasi ini apabila dilakukan berlebih-lebihan akan mengganggu keseimbangan jiwa, timbul perasaan sedih, tubuh lemah, mudah sakit, kelihatan tua sebelum waktunya, murung, muka pucat, menyendiri,
menjauhkan diri dari pergaulan masyarakat, malu bertemu orang, takut risiko hidup, menghindari setiap tanggungjawab. Sesungguhnya dia mati sebelum mati.

Ketiga : Menimba dari sumur dosa dan merasakan kelazatan dari yang haram, meniti jalan sesat, menjadi pelanggan rumah-rumah pelacuran, merosakkan kesihatan, meruntuhkan kepemudaannya dan agamanya, merobek-robek baju agamanya sekadar untuk ditukar dengan kenikmatan yang sebentar sahaja dirasakan.
Apabila anda terus hidup dalam dunia penzinaan, sehingga menyebabkan anda diberhentikan sekolah atau anda kehilangan pekerjaan dan jawatan, kehilangan ilmu pengetahuan yang anda cita-citakan, maka ini bererti anda tidak lagi mempunyai daya kemampuan, kekuatan dan kegairahan untuk bekerja secara bebas.

Puteraku..
Jangan engkau kira bahawa sekali berzina kemudian engkau akan berhenti, puas dan kenyang. Tidak! Sekali engkau berhubungan dengan wanita, engkau akan lebih bernafsu terhadap wanita-wanita yang lain. Sama seperti halnya meminum air masin, bertambah banyak diminum bertambah haus dirasakan. Setelah ramai pelacur yang engkau gauli, sepuluh, seratus, seribu pelacur engkau tiduri, lalu engkau menemui satu yang menolak, pasti engkau akan berusaha dengan apa-apa carapun untuk mendapatkannya.
Andaikata engkau mampu membayar harga wanita, walau berapapun harganya, kerana harta dan kekuasaanmu, apakah tubuhmu mampu melakukannya? Apakah kesihatan dan kekuatan tubuhmu yang mempunyai batasan itu akan mampu menuruti nafsu syahwat yang buas dan besar?
Suatu keajaiban dan hikmah kebijaksanaan Allah ialah memberi ganjaran bagi mereka yang beramal
soleh dan berakhlak mulia iaitu diberikan kesihatan dan kesegaran tubuh. Sebaliknya, Allah memberi hukuman bagi mereka yang melakukan perbuatan rendah dan kotor berupa kelemahan tubuh dan penyakit.Kita dapat melihat, betapa ramai orang-orang yang usianya baru sekitar tiga puluhan, tetapi oleh kerana mereka banyak melakukan perbuatan-perbuatan yang membawa kerugian pada dirinya, kelihatan fizikal dan wajahnya seolah-olah berusia enam puluh tahun.
Ada pepatah dari barat: "Barangsiapa memelihara usia mudanya, maka ia akan terpelihara pada usia tuanya"
Apabila manusia dibiarkan hidup sesuai dengan fitrahnya tanpa digoda dan dirangsang oleh filem lucah, gambar wanita telanjang dan pelacuran. Pasti nafsu syahwatnya akan dapat dibatasi, misalnya sekali dua sahaja sebulan.
Menurut penyelidikan, bahawa haiwan (sama seperti manusia) semakin tinggi tahap kemajuannya, semakin berkurang nafsu bersetubuhnya dan semakin lama pula masa kehamilannya.
Binatang seperti ayam, bersetubuh setiap hari, kerana masa bertelumya juga setiap hari. Tetapi kucing (dari jenis haiwan menyusu) bersetubuh beberapa kali saja dalam setahun, kerana bilangan kehamilannya hanya sekali atau dua kaIi dalam setahun. Biasanya, musim kucing hamil pada bulan Februari.
Manusia lebih tinggi dan maju daripada kucing, tetapi kenapa manusia bersetubuh terus menerus tanpa musim? Setahun penuh tanpa mengenal batasan waktu. Persoalannya kenapa? Sebabnya ialah manusia menghadapi godaan dan rayuan yang selalu mengganggu. Malapetaka bagi manusia ini memang sengaja dibuat oleh mereka iaitu pengikut-pengikut iblis dengan pelbagai cara. Para wanita diperhiaskan, disuruhnya untuk memakai pakaian yang terdedah dan separuh bogel. Bercampur dan bergaul bebas di atas nama kemajuan, kemodenan dan akhirnya melakukan seks bebas.
Mereka menangani dan menguruskan kaum wanita serupa seperti pedagang kambing. Kambing-kambing
dipelihara dan diberi makanan terpilih supaya gemuk, dengan tujuan disembelih.
Para penganjur pergaulan bebas menyebarkan idea-idea lucah dengan penampilan yang sama sekali tidak sopan dan biadap. Mereka berjaya memasuki sekolah dengan model berpakaian separuh telanjang iaitu ketika siswa-siswi bersukan atau bersenam. Berpakaian dengan berseluar pendek dan berbaju ketat.
Selain itu memberi contoh menerusi para pelancong yang begitu berani melepaskan pakaian di pantai-pantai.
Mereka telah berusaha sejak sekian lama, berjalan dengan perlahan, lancar, penuh kesabaran dan sistematik. Akhimya pesanan-pesanan iblis disambut dan dilaksanakan.
Liberalisasi seks menerusi video sudah sampai ke tahap mengkhuatirkan dan terlepas daripada kawalan. Justeru benar-benar merupakan ancaman serius kepada kehidupan pelajar dan remaja. Allah S.W.T memberi pengajaran dengan mengirim peringatan-peringatan, agar kita dapat mengambil hikmahnya. Disebar-Nya penyakit berbahaya seperti yang kita lihat sekarang ini. Sehinggalah para penyelidik menjadi bingung untuk mengatasi permasalahan AIDS. Penyakit ini dihidapi oleh mereka yang terlibat dengan pelacuran atau homoseksual.

Puteraku..
aku berani menyatakan dengan pasti kepadamu, bahawa masalah seks pada hakikatnya adalah masalah yang lebih ringan dan lebih mudah dari apa yang engkau gambarkan.
Masalah seks yang engkau bicarakan dan besar-besarkan, sebenarnya lebih kecil dari yang engkau bayangkan. Malah apa yang engkau bicarakan dan engkau bahaskan itu adalah lebih besar dari kenyataannya. Engkau sifatkan ia lebih luas dalam nafsu manusia daripada perbuatannya. Memang perkara itu merupakan seni, sama seperti pantun, cerita, fotografi dan nyanyian.
Sesuatu yang mempercantikkan kaum wanita, memperindahkan cinta, meninggikan khayalan dan impian, mendorong para pemuda ke arah gambaran yang berlipat ganda dari perasaan yang sebenamya. Memang, dorongan syahwat boleh membutakan penglihatan dan menulikan pendengaran.
Apabila kita renungkan masalah syahwat ini dengan fikiran yang tenang, dengan akal yang sihat dan bukan dengan dorongan emosi dan nafsu syahwat itu sendiri, tentu pandangan kita tidak akan jauh terkeliru.
Rayuan tidak akan mampu dan berjaya tanpa ajakan dan dorongan kawan yang jahat. Dia akan menuntun, menunjukkan jalan, memandu kenderaan, kemudian membukakan pintunya sehingga engkau berada di tempat terkutuk.

Wahai puteraku…………
Semua itu adalah penyakit. Tetapi apakah ubatnya? Ubat mujarab yang dapat menyembuhkannya ialah kembali kepada sunnah Allah dan ketetapan-ketetapan ajaran-Nya.
Allah tidak akan melarang atau mengharamkan sesuatu, kecuali digantinya dengan yang lebih baik.
Allah mengharamkan riba, tetapi digantinya dengan perniagaan. Allah mengharamkan zina, digantinya dengan pernikahan dan perkahwinan.
Jadi, ubat penyembuh dari penyakit itu ialah berkahwin!
Inilah cara yang halal dan satu-satunya jalan menuju kebaikan.
Saya menyarankan, agar organisasi sosial kemasyarakatan Islam atau apa-apa lembaga pun yang menguruskan umat Islam agar membentuk usaha baru yang berkaitan dengan masalah perkahwinan. Wadah itu bertanggungjawab menganjur, mengajak dan memberi kemudahan kepada para pemuda untuk berkahwin.

Puteraku............
apabila engkau tidak mampu untuk
bernikah (kerana alasan-alasan tertentu) dan engkau sukar mengelakkan diri dari perbuatan kotor, maka tingkatkan jiwa, akal, hati dan jasmani supaya lebih dekat lagi kepada Allah. Lebih tekun beribadah, menyibukkan diri dengan pekerjaan atau keterampilan, bersukan, muzik atau perkara-perkara yang lain.


Puteraku..
Kesimpulan dari nasihatku ialah engkau patut segera berkahwin. Hanya itulah ubat yang paling ampuh. Apabila engkau belum mampu, engkau mesti menjaga diri dan takut pada larangan Allah. Engkau hendaklah tekun beribadah, menuntut ilmu, menyibukkan diri dengan berbagai kegiatan sama ada kesenian, kesukanan, organisasi atau lain-lain lagi.
Itulah jalan keluar dan ubat yang mengandungi bagi dirimu yang bergelar lelaki..










Blogger Templates

0 comments:

Post a Comment

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
 

Hidup Matiku Hanya UntukMu Copyright © 2011 by serikandimurobbi Blogger Template